PENAWAR SEBENAR KANSER


Berikut adalah email yang telah saya terima. Sekadar berkongsi dengan pembaca.

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.
Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia , dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis , dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.
Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.
Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :
i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.
Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika . Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :
1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar , Payu Dara , Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.
2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!
3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.
Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.

SAYA TAK PUAS HATI DENGAN SUAMI SAYA

Pelbagai versi aduan dari fail mahkamah syariah……….

Sepanjang 6 bulan yang lepas saya menerima banyak aduan dari kaum wanita yang tak puas hati, tak puas nafsu, sakit hati, pedih ulu hati, sakit perut, nak muntah, meloya, bosan, meluat dengan lelaki yang hidup disamping mereka. Saya cuma boleh turunkan disini 40 kes sahaja. Yang lain tu biarlah saya simpan dulu untuk hari lain.


1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama.

2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.

3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.

4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya.Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri "benih" sahaja.

5. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.

6. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.

7. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami mahu seks tiap2 malam dan suka liwat saya.

9. Suami tetap 'mahu' walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.

10. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.

11. Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan. Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama jenis.

12. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan "maknyah".

13. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar dalam saya. Rupa2nya dahulu dia "maknyah" dan berkahwin dengan saya kerana menuruti kehendak emaknya.

14. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu.

15. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya. Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.

16. Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa dia suruh saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat gelagat bapa mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk "contoh" lain.

17. Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanja untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh.

18. Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x seminggu dan rumah tidak boleh bersepah... walaupun saya sedang sarat mengandung.

19. Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami jemput, kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak.

20. Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan kereta kesayangannya.

21. Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau suami sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad. Terpaksalah saya menyara anak2.

22. Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata 'takde duit'. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan saja gelagat. Nak tengok sampai setakat mana 'lemaknya'.

23. Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka 1-10,letak di dalam mangkuk buat cabutan. lepas tu kalau ada nombor yg mengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi.

24. Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari bomoh, lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi 'bersangkak'.

25. Sewaktu bercinta mmg saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa~pernah rumah kami dibaling tahi.

26. Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri lain dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah suka kahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak menganggu hidupnya.

27. 3-4 bulan suami 'hilang' itu perkara biasa. Kadang2 sampai setahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya, dia kena 'serkup' waktu tengah tarik ganja dengan kawan.

28. Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang dah ada tanda2 HIV.

29. Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi, saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling barang2 rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.

30. Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil. Mula2 cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2 ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya sara anak sementara dia di dalam penjara.

31. Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan. Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik negeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.

32. Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang kerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja kilang nak sara anak2.

33. Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati saya selama ini?

34. Kami memang miskin. Saya buat macam2 benda untuk tambah pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang, upah sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi "jaga".. siang dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.

35. Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab. Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat "gigitan cinta" perempuan lain di badannya.

36. Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja besar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang. Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya dia mati seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus abang saya dan pihak hospital.

37. Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat, suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macam orang muda...sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah sorang diri terkial-kial menguruskan anak.

38. Walaupun sudah lama masuk Islam... mandi hadas? Saya masuk Islam kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan. Dia sendiri pun tak pernah buat.

39. Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil, dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap haribulan berendam airmata...

40. Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah. Dahulu 'isteri' sekarang 'pengurus anak-anak'. Hubungan dengan suami amat dingin.Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang 'terhegeh-hegeh' . Saya pelik benar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain.

KENAPA KITA TWITTER

Semasa mula gunakan twitter, seseorang mungkin boleh memandang remeh kehebatannya. Apa yang hebat kalau sekadar menghantar mesej: "Saya demam hari ini...", tetapi tanpa disedari mesej-mesej ringkas ini cukup bermakna, bahkan ia sudah jadi sebahagian daripada keperluan dalam dunia pemasaran.
Persoalannya sekarang bukannya apa yang bodoh dalam Twitter, tetapi bagaiamana perkhidmatan ringkas tidak melebihi 140 aksara menjadi pintar, berguna dan mungkin satu keperulan.
Dalam beberapa bulan yang lepas, trafik di Twitter telah meletup., melampaui minat beberapa kerat peminat teknologi baru dan pembina rangkaian sosial.
Ada perniagaan yang menggunakan Twitter untuk memberikan respons kepada perkhidmatan pelanggan. Ada juga kumpulan-kumpulan media yang melapurkan trend semasa.
Jadi apakah sebenarnya Twitter?
Twitter adalah perkhidmatan rangkaian sosial percuma dan blog mikro untuk membolehkan penggunanya menghantar dan membaca mesej yang dikenali sebagai "tweets". Tweets adalah penghantaran teks sehingga 140 aksara yang dipaparkan pada profil penulis dan dihantar kepada pembaca yang mengikuti perkembangan penulis. (Untuk maklumat lebih boleh rujuk ke wikipedia). Mesej boleh dihantar dengan menggunakan laman web atau menggunakan SMS. Perkhidmatan adalah percuma tetapi penghantaran melalui SMS tertakluk kepada kadar yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan.
Siapa Pengguna Twitter?

Berjuta-juta pengguna. Tahun ini sahaja pengguna bertambah lebih daripada 700%, kepada lebih 10 juta orang. Jumlah ini adalah mengikut rekod bulan April 2009.

Kenapa ramai sukakan Twitter?

Kerana ia mudah. Pengguna ingin berhubung dengan orang lain dan Twitter memudahkannya. Twitter cuma bertanya: "Apa yang anda lakukan?" Jawapan pula mestilah kurang daripada 140 aksara, dan boleh dihantar melalui pesanan teks atau ke laman web. Dengan tekonlogi yang boleh menghubungkan ke SMS, dan laman web ianya menjadi penghubung antara rakan-rakan, ahli keluarga dan banyak pihak.

Jika anda berminat untuk turut bersama twitter, lawatilah:
http://twitter.com/larysub
dan klik Join Today!

Selamat Tinggal KD Inderapura






Sri Inderapura, ialah kapal pendarat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dibeli daripada Amerika Syarikat pada 16 Disember 1994 dan sebelum itu dikenali sebagai USS Spartanburg County (LST-1192). Kapal berusia 40 tahun itu dibina pada 1970 dan ditauliahkan dalam perkhidmatan TLDM pada 1995 dengan kekuatan 324 anggota.

Kapal pendarat terbesar ini pernah terbakar pada 2002. Ia juga pernah dibaiki di MSE Johor Bharu bagi meningkatkan keupayaannya penyelenggaraan .Ketika mengambil kapal ini di Amerika Syarikat, anak-anak kapal dilaporkan berhadapan masalah kerana kos sara hidup yang tinggi di negara itu.


Pada 8 Oktober 2009,jam 6.23 pagi, kapal ini terbakar ketika berlabuh di di Pangkalan TLDM di Lumut, Perak. Asap memenuhi ruang pangkalan itu dan dapat dilihat dari jauh. Kebakaran tidak merebak ke kapal-kapal lain yang sedang berlabuh.

Siasatan tentang puncanya sedang disiasat. Laporan awal menyatakan anjung kapal itu terbakar akibat litar pintas.

Menteri Pertahanan iaitu Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendapatkan laporan berhubung insiden itu.Terdapat 77 anggota termasuk enam pegawai dan 22 pelatih sedang bertugas di kapal pendarat itu semasa insiden itu berlaku.

Sepatutnya kapal pendarat ini akan belayar ke Sabah dan Sarawak pada 12 Oktober 2009 bagi menghantar pelbagai logistik ke Markas Wilayah Laut 2 Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah.

Pasukan Bomba dan Penyelamat TLDM dan dua lori Bomba Seri Manjung dan Bomba Sitiawan bergegas ke jeti itu . Kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Boustead Naval Shipyard dan bot tunda awam turut membantu. Jam 2.00 petang, api berjaya dikawal dan kerja memadamkan diteruskan. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Kebakaran membabitkan bahagian pejabat dan bahagian muatan barang.


Laporan awal mendapati kapal ini musnah dan tidak boleh digunakan lagi. Kapal seperti ini sukar diperoleh di pasaran. TLDM akan membeli kapal baru menggantikan KD Seri Inderapura, jika perlu.


Kapal ini telah ditarik ke tengah laut kira-kira 1.5 km dari pangkalan TLDM Lumut tetapi masih dapat dilihat dari jeti Lumut. Kapal ini ditarik ke tengah laut bagi mengelakkan insiden letupan dan merebak ke kapal-kapal yang lain. Setelah 10 hari terbakar, pada 17 Oktober 2009, kapal ini masih terus terbakar terutama dari geladak kereta kebal di tingkat 3.

Gambar-gambar di bawah merakamkan detik-detik akhir KD Inderapura:

Isi borang guna PDF


Pernahkah anda diberikan borang dalam bentuk fail PDF? Biasanya bagi borang bentuk pdf, anda akan cetak borang berkenaan, kemudian isikan semula maklumat dengan menggunakan pen. OKlah kalau anda tak kisah sangat, tetapi saya lebih suka untuk isi borang ini dengan menaipkan semula maklumat. Kemudian cetak maklumat tersebut, menampakkan hasil yang lebih baik dan professional.




Jika anda ingin tingkatkan kualiti pengisian borang menggunakan kaedah ini, terdapat beberapa perisian yang boleh dicapai melalui Internet.

Buat masa ini pilihan terbaik kepada saya adalah menggunakan PDFEscape. Ianya masih lagi percuma, dan boleh dicapai dengan mudah.

BANK MENCURI DUIT KITA

Berikut adalah terjemahan daripada artikel yang telah ditulis oleh Simon Templer pada hari Jumaat, 16 Oktober, 2009.

Siapa yang pernah cuba dapatkan kemudahan overdraf daripada bank tempatan dan kemudian diberitahu bahawa perlu ada deposit tetap dengan jumlah yang sama dengan bank berkenaan?

Berapa kerapkah kita mendengar cerita tentang usahawan-usahawan kecil yang perlukan pinjaman bank untuk membantu perniagaan mereka tetapi ditolak kerana mereka tidak mempunyai kolateral yang kukuh?

Pernahkah seseorang yang mempunyai idea perniagaan tetapi tidak mempunyai modal cuba mendekati bank tempatan tetapi ditolak kerana tidak mempunyai rekod yang lepas?

Semua di atas adalah pengetahuan biasa bagi orang kebanyakan di Malaysia. Tidak untuk pemimpin-pemimpin politik kerana mereka tidak berminat kepada kebajikan dan mereka juga tidak berada di bumi yang nyata. Jangan fikir bahawa masalah ini dihadapi oleh bukan bumiputera sahaja. Segala skim-skim kerajaan juga tidak diagihkan dengan mudah kepada usahawan bumiputera. Mungkin tak ada hubungan kot....

Bank-bank di Malaysia adalah karut. Daripada keperluan yang mengarut bagi "introducer" (orang yang perkenalkan) untuk membuka akaun (secara serious, Untuk apa) hingga kepada tahap servis yang menjadi tonggak mereka menjalankan sesebuah bank.

Apakah objektif utama sesebuah bank? Saya mengatakan untuk menerima deposit, dan meminjamkan deposit berkenaan, dan boleh mendapatkan untung dengan mengenakan faedah.

Adakah bank-bank kita memenuhi objektif-objektif ini? Sebahagiannya. Menerima deposit - Ya, Memberikan pijaman- Tidak. Tetapi mereka masih memperolehi laba yang besar. Huh?

Bank-bank tempatan kita tidak lagi berminat untuk buat duit dengan faedah yang diperolehi daripada pinjaman. Ini adalah kerana ianya berisiko tinggi, dan mungkin boleh jadi lapuk. BAru-baru ini, Semasa makan tengahari perniagaan, saya berpeluang mengenakan beberapa orang ahli bank yang bank-bank mereka sepatutnya dilupuskan dan mereka perlu cari perniagaan lain jika mereka tidak lagi berminat untuk berikan pinjaman perniagaan. (Saya bukannya minta pinjaman). Mereka sebenarnya terlalu berhati-hati dengan penilaian kredit. Dan kedua-dua pegawai bank dungu boleh pula tanya saya, bagaimana saya rasa kalau saya diminta untuk meminjamkan wang. Demi tuhan, saya bukannya dalam perniagaan meminjamkan wang - tetapi anda!

Sebenarnya bank-bank kita tidak punyai bayangan apa yang dikatakan penilaian kredit. Penilaian kredit adalah satu tugas yang berat kerana ia memerlukan penilai yang ada ciri-ciri Nostradamus. Tetapi kerana kemahiran yang lemah dan kurang kemampuan telah mengakibatkan pendekatan yang lebih malas dipilih berasaskan kepada 'polisi-polisi' yang dibuat oleh 'pengurusan atasan'. Ia seakan-akan menggambarkan sesiapa saja boleh membuat penialaian kredit pada hari ini. Borang-borang telah disediakan. Jika anda memenuhi cukup tanda tick, anda boleh dapat pinjaman. Berita buruknya adalah 2 perniagaan yang nampak sama. 1 borang mudah tidak dapat memenuhi keperluan 'hidup' entiti berbentuk perniagaan. Bagaimana boleh pelawak-pelawak yang duduk di belakang komputer boleh menterjemahkan keuntungan dan aliran tunai dan membuat pelunjuran yang ditunjukkan oleh perniagaan ini kepada pihak bank? Apakah mereka benar-benar memahami ratusan jenis perniagaan di luar sana? Terlalu banyak usaha perlu dibuat, dan terlalu banyak kemahiran diperlukan.

Bank=bank kita bernasib baik, dan kita yang tidak bernasib baik, kerana mereka menemui sumber pendapatan baru = dalam bentuk caj perkhidmatan. Rakyat Malaysia sentiasa merungut yang bank-bank mengenakan caj untuk setiap perkara dan Bank Negara tidak ambil peduli. Lagi pun, mereka inginkan bank-bank sentiasa terapung.

Rakyat Malasia dikenakan caj seolah-olah tiada hari esok untuk gunakan duit mereka. Caj bank dikenakan sebaik sahaja anda membuka akaun simpanan atau akaun semasa - fee pentadbiran, fee carian. Kemudian anda dikenakan fee tahunan. Ada lagi fee dikenakan jika tidak menjaga akaun minima. Kenapa? Ianya duit saya, kenapa saya tidak boleh belanjakannya? Celaka betul, kerana anda dikanakan caj jika akaun anda tidak aktif. Jika anda keluarkan duit dari ATM bank yang lain, anda dikenakan RM1. Dan RM1.50 bagi pemindahan duit melalui perbankan Internet. Hello! Tidakkah saya menjimatkan usaha manusia dengan menjadi lebih teknikal? Kenapa RM1.50 setiap transaksi? Lebih celaka bagi banyak lagi transaksi hinggalah ke masa anda menutup akaun anda. Kliklah pada mana-mana laman web dan lihatlah kepada senarai panjang caj-caj perkhidmatan yang dikenakan.

Saya betul-betul tidak dapat menganggar berapa banyak yang dibuat oleh bank-bank kita setiap tahun dengan mencuri duit kita. Ya, mencuri. Ianya adalah dengan jelas rompakan di sian hari. Tapi yang pastinya adalah caj perkhidmatan ini adalah satu industri bernilai berbillion ringgt. Perlu diingatkan, akaun korporat dikenakan caj lebih tinggi daripada akaun persendirian. Berbillion ringgit diperolehi cara percuma.

The star telah melapurkan pada 16 Oktober 2009 dalam artikel bertajuk "Public Bank Posts Higher Q3 Net Profit" ("Public Bank Perolehi Keuntungan Bersih Lebih Tinggi di Suku Tahun 3" :

1. Bagi tempoh 9 bulan berakhir 30 September 2009, Public Bank perolehi untung bersih RM1.84 billion.
2. Lain-lain pendapatan operasi bertambah 10% kepada RM1.03 billion.

Apa yang anda nampak daripada perkara di atas? Lebih daripada 50% daripada keuntungan Public Bank diperolehi daripada bukan yang asas-perniagaan. Jika itulah kesnya, apakah boleh bukan yang asas-perniagaan sesebuah bank sekarang ini dipanggil sebagai perniagaan asa? Lagi pun, Public Bank tidak lagi memperolehi pendapatan utamanya daripada aktiviti pinjaman.

Dan saya tertanya-tanya berapa banyakkah daripada RM1.05 billion ini diperolehi daripada caj perkhidmatan.

Sesuatu adalah tidak kena dengan cara bank-bank di Malaysia ditadbir. Pengguna tidak wajar dilondehkan mengikut pandangan bank sahaja.

Bank-bank juga ada tanggungjawab sosialnya. Ianya adalah untuk mengitar wang dalam ekonomi. Memberikan pinjaman adalah satu aspek penting. Saya memahami memberikan pinjaman adalah satu perniagaan berisiko. Sistem memberi pinjaman dalam negara ini satu masa dulu sangat teruk semasa pra Krisis Kewangan Asia, dan bank-bank telah terjejas teruk. Dan kita takkan tidak tahu tentang Krisis Kedit semasa. Tetapi memahami bahawa perkara-perkara ini adalah akibat daripada tamak dan gelojohnya bank-bank membuat keputusan. Dalam kedua-dua krisis, duit diberi seperti air yang mengalir. Terlalu sedikit penilaian kredit dibuat. Tetapi, sekarang ni kita menghadapi keadaan yang berlawanan pula.

Sememangnya perlu ada penilaian kredit yang teliti dan menasabh dan bukannya borang yang meletakkan tanda seperti yang kita ada sekarang. Secara seriosnya, jika bank tidak bersedia untuk berusaha mendapatkan pendapatan daripada faedah dan tidak mampu untuk mengimbangi risiko memberi pinjaman, jangan jalankan perniagaan perbankan.

Duit hendaklah diusahakan. Jika ianya perlu diusahakan dengan cara yang susah, maka teruskanlah. Bank-bank kita hidup dengan bebas dengan mendapat duit melalui pelbagai caj perkhidmatan. Baliklah kepada objektif utama untuk memberi pinjaman wang. Jika risikonya tidak dapat diterima, maka saya cadangkan supaya bank-bank melihat kepada bentuk-bentuk perniagaan yang lain. Ada banyak pihak lain yang bersedia untuk mendapat duit cara yang susah.

BOLEHKAH UMNO DIPULIHKAN?

Dalam perhimpunan UMNO hari ini, beberapa pindaan kepada perlembagaan parti telah pun dibuat. Sekali pandang, nampaklah usaha-usaha UMNO untuk memulihkan imej supaya lebih dekat kepada rakyat. Bahkan Najib dalam ucapannya juga telah pun mengharapkan pemimpin mendekati rakyat. Tetapi, ada beberapa perkara asas yang belum diperbaiki.
Berikut adalah perkara asas yang rakyat inginkan:
1. Hapuskan pemimpin yang sukakan rasuah. SPRM sepatutnya mencari perasuah di kalangan pemimpin UMNO sama seperti mereka cari di kalangan pembangkang. Selagi tiada usaha bersungguh-sungguh, selagi itu rakyat membenci SPRM.

2. Kuasa polis adalah untuk melindungi keselamatan rakyat, bukannya pihak UMNO sahaja. Setakat ini, polis dilihat menjaga kepentingan UMNO lebih daripada kepentingan rakyat. Ketua Polis Negara seolah-olah ditarik hidung untuk menjaga UMNO, dan bukannya rakyat.

3. Suruhanjaya Pilihanraya bertindak bebas dan bukannya menjaga atau mendengar nasihat daripada UMNO. Setakat ini, mereka dilihat tidak bebas dan berada di bawah telunjuk UMNO.

4. Mahkamah perlu dilihat bebas daripada cengkaman UMNO.

5. Kembalikan kuasa rakyat di Perak melalui pilihanraya. Selagi Perak dalam keadaan tidak mempunyai pemimpin, selagi itulah UMNO dianggap punca masalah di Negeri itu.

Kalaulah beberapa perkara asas di atas diberikan perhatian, insyaallah UMNO akan bertapak kembali, dan Pakatan Rakyat terpaksalah mencari jalan mengukuhkan lagi persefahaman antara parti-parti yang ada