SUARA RAKYAT DI PERAK

Keadaan politik semasa di Perak amat mengecewakan. Sebagai rakyat marhaen, yang tidak ada apa-apa kepentingan dalam politik, dan tidak mengharapkan untung daripada mana-mana kerajaan yang memerintah, kita tentulah merasakan pertukaran kerajaan di Perak bukannya satu yang disukai. Pertukaran itu adalah seumpama pencabulan ke atas hak rakyat Perak untuk memilih wakil mereka dalam DUN. Sungguh pun tidak ada peruntukan undang-undang menghalang mana-mana wakil rakyat untuk berubah parti, atau memilih pihak untuk di sokongnya, adalah janggal kalau sokongan itu diperolehi secara paksa.

Apa yang berlaku di Perak amat menghairankan? Kalau pun betul ada wakil PKR nak berubah kem, kenapa dalam masa yang sama calun DAP pun berbuat demikian? Kalau ada tak kena dalam Pakatan Rakyat, ceritalah dengan secara terbuka. Gunakan media-media kerajaan yang sememangnya suka mencari keburukan Pakatan Rakyat. Rakyat biasa tidak peduli, kerana kalau betul apa yang dinyatakan mereka akan marah juga kepada Pakatan Rakyat. Dalam masa sebulan yang lepas, tak ada apa pun yang sampai ke pengetahuan rakyat Perak tentang salahlaku atau salahurus MB Perak dan exconya. Apa yang rakyat tahu, ADUN PKR terlibat dalam rasuah, kemudian hilang (alasan pun tak jelas dan meyakinkan), kemudian bila muncul semula dah ada keputusan yang berbeza. Jurucakap mereka pun orang yang kononnya bukan orang PKR. Pelik! Kalau orang yang berfikir lebih mendalam, tentu persoalkan kredibiliti dan kesahihan kedua-dua ADUN ini untuk berubah menjadi ADUN bebas. Ada sesuatu yang tak kena? Tambahan pula kat Malaysia ni banyak benda yang dah didengar seolah-olah tak kena. Kematian Altantuya, Kehilangan Bala, Kehilangan Dr Othman, merupakan sebahagian daripada rentetan peristiwa yang serba tak kena. Kita tak tahu cerita sebenar, tetapi bau busuk dari cerita-cerita ini sampai juga kepada rakyat biasa.

Semalam aku kat rumah MB. Mula-mula, dia orang kata nak buat perhimpunan di Stadium, tapi bila sampai kat stadium, polis dah blok semua jalan masuk dan keluar ke stadium, dan stadium tu dikawal. Call sorang kawan, dia cakap pergi rumah MB. Utk ke rumah MB pun banyak jalan yang ditutup, tapi yang bagusnya rumah MB ni dok tengah bandaraya Ipoh. Polis tak boleh tutup semua jalan. Aku dan dua orang kawan dalam satu kereta pergi parking kat Ipoh Parade, dan kemudian jalan kaki ke rumah MB.

Ada lebihkurang 7000 orang kot di sana. Betul-betul masyarakat majmuk, dan segala bentuk manusia ada. Rakyat marhaen yang tidak ada apa-apa kepentingan, dan tidak dibayar untuk hadir ke program tu. Ada yang cacat, ada yang selebeh, ada orang kampung, ada Cina pakai seluar pendek, ada India tua dan ramai orang-orang muda dari semua kaum. Nampak sangat orang-orang ni boleh bersatu, dan punyai keinginan yang sama - mahukan kuasa rakyat dihormati.

Di Malaysia ni, segalanya boleh. Dengan BN, kekuatan bukan kepada hak rakyat tetapi duit yang banyak. Dengan duit, semua boleh dibeli, dan mungkin pihak Istana pun ada habuan. Pihak Istana bukannya Sultan, tetapi segala penasihat yang selama ini hidup bersama-sama orang UMNO. Orang UMNO tu dah memang berkawan baik dengan penasihat-penasihat Istana. Setelah meneliti keadaan sebenar, Sultan telah buat pertimbangan, tetapi atas apa alasan sekali pun..... terasa bahawa ada sesuatu yang mengecewakan.

Rakyat telah pun memilih wakil dalam PRU12. Tetapi, kerana ada di antara wakil tidak bersemangat kuat, dan mudah tunduk kepada tekanan, maka BN kembali seri dengan PR. 28 kerusi di kedua-dua belah pihak. Yang bebas tu, kononnya menyokong BN. Kalau dibuat secara demokrasi, dan pemilihan MB secara undi sulit, belum tentu BN yang memegang kuasa. Tetapi, cara itu tidak dipakai, sebaliknya Najib menggunakan 'undang-undang rimba' mengisytiharkan mereka membentuk kerajaan, sebelum dapat perkenan daripada Sultan. Apabila dia jumpa Sultan, hanyalah sekadar formaliti. Segala perancangan telah diatur, sebab tu masa dia buat pengumuman di sidang media, macamana dia boleh terlalu gembira sedangkan perkenan Sultan belum diperolehi.

Kalau UMNO gentleman, dan berani kerana benar, turun semula ke padang untuk pertandingan semula. Maklumlah perlawanan sekarang ni seri, jadi kita teruskan pertandingan. Bubarkan DUN, dan biar rakyat buat pilihan. Kemukakan manifesto dan hujah-hujah yang baik, insyaallah ramai lagi mungkin boleh menyokong UMNO. Selain daripada masalah kepimpinan dan rasuah politik UMNO, isu-isu lain boleh memenangkan UMNO. Wakil-wakil rakyat Perak di pihak UMNO ramai yang berkalibar, dan UMNO pun pandai menjaga hati rakyat. Ertinya, kalau diadakan semula pilihanraya, UMNO masih boleh menang. Tapi, lawan cara gentleman lah. Kalau tak berani lawan cara gentleman, apa salahnya buat muhasabah diri, dan cari jalan untuk perbaiki diri. UMNO masih ada harapan untuk berbuat demikian, kalau niat asal perjuangan adalah untuk membela orang melayu, dan politik adalah untuk kepentingan rakyat. Tetapi, sebenarnya telahan ini semuanya meleset. UMNO ada agenda lain - iaitu untuk mengkayakan kroni, untuk menyapu khazanah negara, dan untuk menggunakan kuasa yang ada bagi melindungi segala salahlaku mereka.

Petang kelmarin pada 5 Februari 2009, bila keputusan pihak istana dikeluarkan, secara kurang ajar mereka mengarahkan MB dan EXCO meninggalkan bangunan SUK, dan bangunan itu ditutup utk orang-orang ini sedangkan MB masih lagi berkuasa. Bahkan salah seorang exco nak ambil gambar anak dia kat dalam bilik pun dah tidak dibenarkan. Jenis manusia apa berperangai macam tu. Orang melayu bukan macam tu, tetapi merkea ni mungkin ada unsur yahudi. Dengan angkuh, menggunakan segala institusi yang ada untuk menidakkan hak rakyat. Jadi, keangkuhan ini akan dilaknat oleh Allah. Rakyat berdoa, dan ramai yang benci yang amat sangat kepada UMNO.

Jadi, selepas perbincangan dengan rakan-rakan yang lain dalam PR, diputuskan bahawa MB akan tetap pertahankan jawatan mengikut peruntukan undang tubuh negeri. Utk meninggalkan jawatan ada tiga cara 1. Bubarkan DUN 2. Undi tidak percaya atau 3. Letak Jawatan. MB pilih cara 2, dan utk undi tak percaya, perlu dewan bersidang pada bulan April.

Adakah UMNO akan ikut cara ni? Tidak. Mereka akan guna cara yang tak betul - semuanya kerana mereka ada kuasa wang. Pergunakan wang dengan sewenang-wenangnya dan suara rakyat dibelakangkan, dan dianiayai. Macam ni kah pemimpin yang kita mahukan?

Fikirlah sendiri. Kepada rakan-rakan yang masih lagi totok dengan UMNO dahulu... Kini dah ditunjukkan sifat buruk UMNO.... takkan selama-lamanya nak sokong parti seperti ini.