Pagi ini aku terima email dari seorang kawan lama. Dia berikan link ini. Selepas baca, aku pelik juga kerana air mata boleh menitis padahal apa yang ditulis bukannya drama melayu, atau kisah sedih. Air mata menitis kerana terkenangkan nasib anak-anak melayu di luar bandar yang dilupakan. Mana pergi pejuang-pejuang bangsa yang berkobar-kobar dengan keris di tangan. Pejuang inilah yang mungkin tidak berada di bumi nyata.
Sebelum terus membaca apa yang aku nak tulis, eloklah baca catatan duka seorang sir. Barulah boleh faham sikit apa yang aku nak cakap.
Aku pun dibesarkan di kampung. Cuma, dulu aku telah dihantar ke sekolah orang putih. Aku belajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris, dan berjaya pula melanjutkan pelajaran ke England. Aku balik, ada pekerjaan yang baik, dan aku selalu juga memandang rendah kepada orang melayu fasal tak mahu belajar tinggi-tinggi, sebaliknya terima apa yang ada di sekelilingnya. Sanggup kerja kat kilang dari pagi sampai petang, dan kadang-kadang dari petang sampai ke Malam. Cakap memang senang, fasal mungkin aku telah mendapat peluang diberikan pendidikan yang baik, masuk sekolah asrama penuh dan kemudian belajar pula ke luar negeri. Tetapi, bukan semua orang mendapat peluang itu. Orang melayu terutamanya, yang duduk kat pedalaman tak berpeluang pun untuk belajar dengan baik, dan bila dipaksa pula belajar guna bahasa Inggeris, semakin susah untuk difahami dan semakin menjauhkan diri daripada belajar. Makin rugilah anak bangsa kita.
Hakikatnya, agihan kekayaan dan begitu juga agihan kemudahan pendidikan di negara ini tak boleh disamaratakan. Sekolah di bandar ada banyak kemudahan. Mak-bapa kat bandar boleh berikan kemudahan tuisyen, hantar anak ke sekolah dengan kereta, siap dengan driver lagi. Makanan yang berkhasiat, dan pendedahan kepada pelbagai teknologi dalam kehidupan harian. Di luar bandar jauh bezanya. Sungguh pun sekarang ni dah ada elektrik, dah ada TV, air paip bersih dan jalanraya bersih, kemudahan ini belum boleh mengubah cara berfikir di luar bandar. Pendapatan rakyat luarbandar adalah kecil, cukup untuk beli ikan tamban, dan kicap bagi makan tengahari. Tak akan ada duit simpan, dan dengan pendapatan kecil ni juga nak dibayar yuran sekolah, nak dibeli beg, baju sekolah, dan pelbagai buku latihan. Bagi yang ada anak bersekolah, tentu bersetuju kalau saya katakan sekurang-kurangnya RM100 perlu dibelanja di awal persekolahan. Tiap-tiap bulan pun perlu belanja lagi, dan belum masuk duit belanja tambang bas.
Sampai di sekolah, keadaan yang dhaif dengan papan hijau yang dah menggelupas. Kipas angin pun tak berpusing lagi. Bilik darjah pun, berdebu dan yang paling malang lagi adalah cikgu pun yang dah tak bermaya. Maklumlah, cikgu-cikgu yang berkualiti (kononnya) tak dihantar ke luar bandar. Cikgu-cikgu kat luarbandar menanggung beban yang banyak, dan tanpa inspirasi dan motivasi akan terus memberi khidmat sekadar termampu.
Dari pemerhatian dan pengalaman inilah, kita perlu bertanya: apa matlamat sebenar Kementerian Pelajaran? Nak ajar anak murid supaya pandai dalam sains dan matematik atau nak jadikan mereka saintis dan pakar matematik (yang sememangnya perlu merujuk kepada teks bahasa Inggeris)? Kalau nak pandai dalam sains dan matematik, penghayatan subjek tu yang penting -- bahasa tu boleh disampaikan dalam apa bentuk pun. Tetapi, bila dah nak jadi pakar belajarlah Bahasa Inggeris. Bila diingat kembali zaman aku pi England dulu pun, aku tak reti nak cakap inggeris juga walaupun MCE dapat grade A2. Tiga bulan lepas tu, baru boleh faham. Bukan senang nak mahir berbahasa Inggeris, tetapi setelah selalu berinteraksi barulah fasih berbahasa Inggeris.
Untuk kembali kepada bumi yang nyata, eloklah bermuhasabah dan fahami permasalahan berikut:
1. Bahasa Inggeris adalah untuk berkomunikasi. Ajar dari kecil, dan amalkan dalam kehidupan harian. Cikgu-cikgu yang dihantar ke sekolah-sekolah kat luarbandar perlu boleh menghayati dan memahami bahasa tersebut. Cuba kaji betul-betul samada cikgu-cikgu yang dihantar kat luarbandar sekarang ni, mampukah mereka berbahasa inggeris dengan baik? Kaji betul-betul - fasal dari pemerhatian kasar mungkin 10% saja yang boleh cakap bahasa inggeris (itu pun bukannya perfect).
2. Kalau nak berkomunikasi pun tak lepas, janganlah pula dibebankan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Menyusahkan cikgu, memudaratkan pelajar dan yang rugi adalah generasi yang akan datang.
3. Pengajaran dan pembelajaran mungkin perlu dikaji semula. Cara yang diamalkan sekarang lebih kepada persediaan pelajar untuk peperiksaan. Pelajar diasak untuk belajar supaya berjaya dalam peperiksaan, bukannya untuk menghayati ilmu. Tengok saja berapa banyak soalan ulangkaji: pelajar dah jadi macam kakaktua, boleh mengingati jawapan tetapi tak memahami apa yang dijawab.
Jadi, adakah pengajaran sains dan matematik patut dibuat dalam Bahasa Inggeris? Jawapan bergantung kepada apa yang cuba dicapai. Kalau nak jadikan orang melayu ni terus ketinggalan, eloklah dalam Bahasa Inggeris - sebab makin ramai anak melayu akan tercicir, melainkan kalau kementerian pelajaran boleh sediakan guru dan kemudahan yang mencukupi untuk membolehkan pembelajaran dan pengajaran cemerlang.
Catatan Duka Seorang "Sir" Sementara
BK Friday, March 13, 2009 0 comments
Subscribe to:
Posts (RSS)