Aku berada jauh dari Perak dan tidak tahu apa yang berlaku. Tetapi, rasa gelisah dan cemas menyebabkan aku sentiasa melihat kepada perkembangan terbaru melalui internet. Paling akhir, aku tahu bahawa V Sivakumar telah diangkat keluar oleh kakitangan kerajaan iaitu polis dan kakitangan keselamatan. Amat mengecewakan dan satu penghinaan kepada institusi undang-undang. Kenapa berlakunya penghinaan sedemikian rupa? Kerana ada pihak yang lebih berkuasa -- ertinya kuasa sebenarnya diukur dari kekuatan wang.
Rakyat tidak ada kuasa. Pilihanraya sebenarnya bukan bererti apa-apa kalau kuasa wang boleh membeli institusi kehakiman, polis, Raja-raja, Suruhanjaya Pilihanraya dan lain-lain lagi. Bumi Malaysia sudah tidak bermaruah. Kelemahan manusia adalah kerana untuk hidup, memerlukan wang. Jika diberikan cukup ganjaran manusia akan berbuat apa saja.
Drama di Perak adalah pertarungan kebenaran dengan kejahatan. Siapa benar, dan siapa yang jahat? Kalau dalam filem kita boleh mengagak bahawa hero akan kalah dulu. Tetapi drama di Perak adalah benar dan bukannya tayangan filem. Maka, pembalasan atas kebaikan dan kejahatan akan berlaku, tetapi mungkin seminggu, atau sebulan, atau setahun atau sepuluh tahun.
Pada masa ini rakyat dan manusia yang tahu menilai baik dan buruk, nilaikan drama ini dengan minda terbuka. Nilaikan dari sudut yang betul, dan bukannya kerana wang semata-mata.
PERSIDANGAN DUN PERAK 7 MEI
7 Mei, DUN, Perak, politik BK Thursday, May 7, 2009 0 comments
Subscribe to:
Posts (RSS)