Ini kalilah. Asal Bukan Cap Dacing

Watch "If you are a Malaysian, PLEASE watch this video!" on YouTube

Belajarlah dari HKR#112


12 jan 2013 aku turut serta dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat HKR112. Aku telah turut serta dalam tiga himpunan sebelum ni, BERSIH 2.0, bebaskan anwar dan Bersih 3.0

Di antara semua himpunan, HKR112 paling aman, dan paling berjaya. Himpunan aman kerana tidak ada provokasi, tiada FRU dan tiada sekatan Jalan raya. Persoalan nya mengapa boleh aman, jika tiada tiga perkara tadi? Jawapannya, peserta himpunan bersih adalah kumpulan Rakyat yang matang dan cintakan keamanan. Golongan ini Adalah Rakyat marhaen yang tidak mengharap sebarang pembalasan daripada pemimpin. Mereka dari seluruh pelusuk Negara datang dengan wang belanja sendiri, tambang sendiri dan tidur di mesjid, surau atau hotel guna duit sendiri.

Dari raut wajah peserta himpunan dapat dilihat keikhlasan untuk berhimpun. Kalau di paksa tentu lah wajah-wajah bosan yang menunggu masa untuk balik. Bahkan bila mereka bersama walaupun tidak pernah mengenali satu sama lain, akan terpamer senyuman. Perkara ini memang sukar untuk fahami oleh mereka yang tidak ikut serta berhimpun. Suasana yang sama mungkin di rasai bila masuk ke stadium untuk menonton bolasepak, Tetapi kepuasan di rasai bila berhimpun memberi kesan jangka panjang.

Perjuangan menuntut keadilan daripada pemimpin adalah satu keinginan naluri manusia yang normal. Selama ini pelbagai usaha dilakukan menuntut pembersihan pilihanraya, menuntut royalti kepada Negeri Kelantan khususnya, menuntut di daulatkan bahasa Malaysia, menuntut biasiswa kepada pelajar, menuntut keadilan untuk peserta felda dan pelbagai tuntutan lain telah dibuat. Ada BN kisah? BN tidak peduli kerana Mereka yakin PRU13 Mereka masih boleh menang. Akibat dari sikap pemimpin BN yang angkuh, perhimpunan adalah jalan terbaik, dan semoga akan ada kesedaran mereka yang rakyat sudah bijak, dan mula bersuara.

Seandainya selepas ini BN masih memekak dan tidak peduli suara Rakyat, maka tidak mustahil sejarah yang menimpa Filipina dan Indonesia akan berulang di Malaysia. Jika ianya berlaku, masihkah BN menyalah kan Orang lain: salah kan anasir luar, salahkan perpecahan melayu, salahkan Anwar? Di Pihak BN semuanya betul.

Media Kerajaan perlu berhati-hati dalam melaporkan berita. 80% Rakyat tidak boleh di bodohkan lagi. Sumber maklumat tanpa sempadan bukan boleh di bendung. Hari ini kamu menipu, beberapa hari selepas itu akan keluar kebenaran. Kes Mazidul di TV3 sepatutnya jadi pengajaran.

Peristiwa bersejarah hari ini di harap dapat menyedarkan banyak Pihak. Polis yang lebih professional berjaya mengawal keamanan. Tidak ada kekacauan. Mereka yang berniaga hari ini untung berlipat ganda. Teksi masih bergerak bebas, dan ramai penumpang. Monorel memang lebih ramai penumpang. Semua Nya menjurus kepada keamanan.

Apa yang perlu dilakukan sekarang? Bagi yang hadir ke perhimpunan HKR112, teruskan usaha menyedarkan masyarakat sekeliling supaya lebih terdedah kepada maklumat yang lebih tepat, dari pelbagai sumber dan bukannya media di bawah kawalan Kerajaan. Pemimpin PR perlu terus kukuh bersatu dan tidak terpesong dengan agenda lain yang dibangkitkan oleh BN. Kita mesti teruskan perjuangan, kerana akan ada pelbagai putarbelit BN untuk terus berkuasa. Semoga PR berjaya menawan Puterajaya untuk menunaikan janji. Selepas menang nanti, jika kamu berdusta, Rakyat akan terus bangun menentang. Ingat! Mereka tidak dibayar dan tidak harapkan pembalasan, asalkan kamu tunaikan janji.

10 kesilapan Mahathir Mohamad..

DIPETIK DARI : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=532765016734488&set=a.202010136476646.53473.199689986708661&type=1

Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah mengkritik kesemua perdana menteri Malaysia dari Allahyarham Tunku Abdul Rahman sehinggalah Najib Razak, kecuali dirinya sendiri.Mahathir juga telah mengkritik pemimpin dunia yang lain termasuk PM Britain, Tony Blair dan sudah tentu George W Bush, presiden Amerika Syarikat yang ke-43

Setakat ini tiada yang berani bersuara terhadapnya.Ini tidaklah menghairankan memandangkan hanya seorang dua daripada PM- PM ini masih hidup termasuk Najib sendiri. Bagi pemimpin antarabangsa, sebahagian besar daripada mereka tidak mahu mempedulikan Mahathir, dan ini hanya menambah kemarahannya, tetapi tiadaapa yang boleh dia lakukan terhadap mereka. Walau bagaimanapun, dia boleh menjadikan hidup penggantinya sukardan dia telah berjaya melakukan ini.

Setelah Mahathir bersara pada tahun 2003, selepas 22 tahun menjadi PM, ada yang mula bercakap tentang legasinya yang 'hebat' dan dia dikenali pula sebagai Bapa Pemodenan Malaysia. Kira-kira 9 tahun selepas dia bersara, kepincangandalam perancangan dan dasar ekonomi, sosial dan politik mula mendatangkan malapetaka besar pada negara lebih teruk daripada tsunami 2006 yang melanda sebahagian besar Asia Selatan.

Pada usia 86 tahun, Mahathir kini dihina oleh kebanyakan rakyat Malaysia, dan dipersalahkan kerana rasuah besar-besaran yang boleh membankrapkan negara jika tiada tindakan pemulihan ekonomi yang diambil, dan untuk jurang antara kaum yang begitu ketara di kalangan pelbagai kumpulan etnik di negara ini.

1. DEB

Lihat sahaja Dasar Ekonomi Baru, yang merupakan idea pembuat dasar pada tahun 1960-an yang telah disalahgunakannya secara maksimum. Penyalahgunaan ini sahaja cukup untuk memastikan bahawa dia akan kekal sebagai ‘Penjahat terulung di Malaysia’ dan bukannya sebagai tokoh terbilang sepertimana yang difikirannya.

Bagi rakan-rakan yang masih mengingatitujuan utama NEP termasuk bekas Menteri Kewangan TengkuRazaleighHamzah, dia berkata pada minggu lepas bahawa DEB tidak pernah bertujuan untuk mencipta atau digunakan untuk melahirkan golongan kelas kapitalis Melayu, tetapi untuk menangani kemiskinan dan meningkatkan tahap penyertaan Melayu ke dalam ekonomi.Ia tidak pernah bertujuan untuk seperti yang berlaku sekarang disalahgunakan oleh kerajaan hari ini untuk memilih kumpulan usahawan Melayu yang mereka mahu, memberikan mereka projek kerajaan yang mendapat diskaun hebat dan kemudian mengharapkan mereka untuk maju dan mewujudkan peluang ekonomi yang banyakbagi membantu meningkatkan keupayaanekonomi masyarakat.

Ini adalah kesilapan Mahathir yang pertama dan utama. Tetapi adakah ia benar-benar satu kesilapan? Mereka yang ragu-ragu dan para pengkritik menyatakan kekayaan yang diperolehinya untuk kroni dan proksi melalui skim menjanawang berselindung di sebalik DEB, dan penswastaan aset kerajaan yang menguntungkan usahawan Melayu yang dipilih, seperti bekas pengerusi MASTajudinRamli. Tidak mampu untuk menguruskan‘kejayaansegera ' atau tekanan perniagaan berisiko tinggi, ramai yang terjebak dalam hutang semasa krisis kewangan Asia pada tahun 1998.Tajudin dan juga rakannya seperti HalimSaad telah menjadiorang yang terbuangberbanding zaman kegemilangan mereka.Merekakerugiansejumlah besar wang dan memerlukan jaminan kerajaan bagi jumlah yang banyak pula.

2. Untuk krooni sahaja tapi yang lain tiada

Kesilapan kedua Mahathir adalah kebodohannya.sebahagian besar kekayaan negara berada dalam tangan beberapa orang yang tertentu sahaja di Malaysia. Kali ini iatermasuk jutawan bukan Melayu seperti Vincent Tan, Robert Kuok dan Ananda Krishnan. Tan baru sahaja mengumumkan persaraannya. Kuok kerana tidak berpuas hati dengan hubungankaum yang parah di negara ini telah memilih untuk tinggal di Hong Kong, manakala Ananda dikehendaki oleh pihak berkuasa India kerana didakwa telah merasuah pemberi lesen telekom untuk membeli Aircel.

Pengumpulan kekayaan dalam tangan beberapa individu pasti meninggalkan orang Melayu dan rakyat Malaysia yang biasa dengan hanya sedikit untuk berkongsi bersama.Inilah yang menjadi pertikaian panas kerana melibatkan ketidakadilan sosial dan ekonomi. Bukan sahaja tiada wang yang mencukupi untuk biasiswa, pendidikan, kesihatan, pekerjaan dan kebajikan bagi semua, orang Melayu yang telah berulang kali diberitahu oleh pihak UMNO pimpinan Mahathir bahawa mereka akan mendapat keutamaan, telah hilang mata pencarian.

Melayu kini membentuk 96% daripada golongan 40% termiskin dengan pendapatan terendah dalam negara.Bagi orang bukan Melayu, sudah tentu mereka lebih teruk merasakan kesannya.Ramai yang telah dipaksa untuk ke luar negara untuk bekerja dan belajar.Sememangnya peluang pendidikan dan pekerjaan amat sedikit bagi orang bukan Melayu di negara ini.Sekali lagi, kumpulan yang paling mendapat manfaat adalah golongan elit dalam parti Umno, keluarga dan kroni-kroni mereka. Jadi Mahathir - walaupun dengan pujian melambung bagi dirinya sendiri sebenarnya buta. Wang jauh lebih penting padanya walaupun sukar untuk dia akui.

3. Mempercayai orang yang salah

Kesilapan ketiga Mahathir adalah memilih orang yang salah bagi kerja-kerja yang salah.Beliau juga mempercayai orang yang salah.Semua jutawan Melayu yang beliau dipilih tidak mempunyai kepandaian perniagaan sebenar tetapi hanyalah pembantu yang dipercayai bekasMenteri Kewangan DaimZainuddin.Itulah mengapa orang seperti Tajuddin, Halim, Rashid Husein RHB Bank, Mohd Noor Mutalib dan Abdul RahmanMaidin (MRCB)berakhir dengan kegagalan.Ada diantara mereka telah diseret ke mahkamah untuk menyelesaikan hutang.

Hanya Daim Zainudin yang kekal kaya. Ramai daripada anak didiknya berakhir dengan hutang bank yang menimbun danpelbagai perniagaan yang bertujuan untuk dipindahkan ke dalam Umno Baru.Entah bagaimana, legenda Umno ini berjaya menyelamatkan dirinya sendiri sahaja.Ini jelas mengecewakan Mahathir.Pada mulanya dia mahu 'menipu' rakyat,tetapiakhirnya dia sendiri yang tertipu!

4. Membiasakan budaya berhutang bagi Malaysia

Mahathir tidak menjangka bahawa hutang negara semakin tinggi seperti hari ini, ianya telah meningkat kepada lebih RM450 bilion.Walaupun beberapa kali 'mengemis' ke Singapura dan Brunei, dia telah ditolak dengan baik. Akhirnya, dia meminjam dari luar negara dengan mengeluarkan bon dan 'mencuri' setiap sen dari Petronas dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan yang lain untuk membiayai projek-projek mega. Sepanjang pemerintahannya selama 22 tahun, Mahathir tidak pernah menyimpan walaupun sedikit wang untuk Malaysia untuk kecemasan.Dan ini adalah kesilapan keempatnya.

5. Kurang memahami prinsip ekonomi

Mahathir hanya seorang doktor biasa; pengamal umum yang tiada kepakaran khusus. Pemahamannya tentang ekonomi lebih kurang sahaja sepertimana rakyat Malaysiayang lain. Ideanya dalam meningkatkan ekuiti orang Melayu begitu mudah –dengan menggunakan GLC.Wawasan Mahathir dalam menjalankan perniagaan adalah melalui kawalan saham dalam sebanyak syarikat yang mungkin tanpa mempertimbangkan kemungkinan kerugian wang.Dukacitanya,, perniagaan di alam reality juga melibatkan kerugian, bukan hanya keuntungan.

Dasar ekonomi Mahathir tiada asas yang kukuh dan tidak pernah diuji di mana-mana negara sebelum ini.Ia berdasarkan pendapat dan pandangannya sahaja.Jika ini terbukti baik atau berkesan, banyak negara akan segeramelaksanakan idea ini berabad yang lalu. Sistem ekonomi kapitalis dan juga komunis juga menghadapi keruntuhan ekonomi dan iaadalah sesuatu yang biasa pada hari ini, kerana ia adalah sebahagian daripada kitaran turun naik ekonomi buatan manusia. Beberapa ahli ekonomi malah menggesa negara-negara untuk kembali kepada mata wang berasaskan emas, sistem monetari kaedahkuno yang mantap.Jadi bolehkah ini dibandingkan dengan konsep ekonomi keanak-anakan Mahathir?Oleh itu, kesilapan kelima Mahathir adalah pemahamannya yangsalah terhadap ekonomi.Ianya membawa kepada kontroversi tambatan ringgit daripada dolar AS dan penutupan semalaman dagangan pasaran saham CLOB pada tahun 1998 - dua peristiwa dimana pelabur-pelabur masih belum memaafkan Malaysia dan juga Mahathir.

6. Sindrom diktator

Ego dan sikap tidak sedarkan diri untuk menjadi diktator Mahathir adalah kesilapan keenamnya.Dia meminda perlembagaan untuk melemahkan Agong dan Sultan dan memastikan bahawa badan-badan perundangan dan penguatkuasa taat kepadanya.Dia memecat Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas dan menutup kedua-dua belah mata apabila hakim secara terbuka boleh dibeli oleh orang-orang yang berpengaruh.Ia telah menyukarkan rakyat Malaysia dan pelabur untuk mempercayai sepenuhnya sistem kehakiman negara. Ini adalah kenapa Umno-BN kehilangan integriti dan kepercayaan orang terhadap mereka dalam gabungan itu. Rakyat Malaysia akan sentiasa mencurigai apa sahaja yang dilakukan oleh Umno BN walaupun ia mungkin sebenarnya berniat baik.

7. Polisi perkauman

Untuk mengelakkan kehancuran dasar dan salah laku daripada terdedah, Mahathir terpaksa menggunakan politik perkauman yang menjadi kegemarannya.Dia terpaksa meyakinkan orang Melayu bahawa apa yang telah dilakukannya adalah perlu untuk kepentingan mereka. Dia menyimpanhabuan yang besar untuk dirinya dan memberi cebisan kecil untuk meyakinkan orang Melayu bahawa persengketaan terhadap kaum-kaum lain adalah benar.Orang bukan Melayu perlu disekat. Oleh itu, peruntukan bajet untuk rancangan seperti BTN atau Biro Tata Negara di mana graduan Melayu dan penjawat awam secara terbuka dipupuk untuk menjadi curiga terhadap kaum-kaum lain.

Tetapi tidak semua orang Melayu terpengaruh.Ajaran itu menyalahi Islam dan juga terhadap nilai-nilai kemanusiaan sejagat. Kaum Melayu berada dalam keadaan keliru, manakala orang bukan Melayu sama sekali diketepikan. Sikap perkauman adalah kesilapan nombor 7 Mahathir.

8. Korupsi

Jika Mahathir dan Umno telah berjaya membuat Malaysia mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, mengapa rekod menunjukkan begitu banyak kesilapan serius sehingga kini?Tinggal hanya lapan tahun tapi ekonomi negara masih berada dalam keadaan lemah dengan hutang negara yang melambung tinggi, keharmonian kaum dan agama dalam keadaan kucar-kacir, dan keadaan politik yang semakin teruk dimana Umno-BN secara terbuka melancarkan keganasan untuk menghentikan pembangkang daripada mengadakan perhimpunan.

Sistem pendidikan juga tidak mempunyai hala tuju, sistem kesihatan semakin teruk dan lebih mahal, dengan sistem 1Care yang telah ditolak bulat-bulat sebelum ianya cuba untuk dilaksanakan.Sistem undang-undang, dan keamanan masih dipersoalkan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah menjadi lebih berleluasa berbanding sebelum ini dalam kerajaan Umno-BN. Daripada negara rancak menyediakan diri untuk merealisasikan wawasan 2020, Malaysia mungkin akan sebaliknya bankrap. Tidak memerangi rasuah, tetapi membiakkannya pula adalah kesilapan nombor 8 Mahathir.

9. Mencampuri urus tadbir negara

Majoriti orang Melayu adalah miskin dan masih memerlukan bantuan kerajaan walaupun setelah 55 tahun Umno "berjaya" (gagal) mentadbir. Orang bukan Melayu telah cukup bersabar dan memberi Umno peluang yang cukup. Mereka sudah menunggu sehingga generasi ketiga selepas kemerdekaan negara pada tahun 1957 dan mereka kini sudah jemu dengan Umno BN. Begitu juga dengan orang Melayu.Mereka yang tidak mendapat manfaat secara terus daripada harta kekayaan Umno, dan ini merupakan majoriti daripada mereka, juga sudah semakin bosan.Ramai mulamengundi pembangkang dan adalah dijangkalebih ramai yang akan berbuat demikian.

Apabila Mahathir menyedari bahawa keadaan semakin parah, dia menyerahkan baton kepada Abdullah Badawi pula, dengan tanggapan bahawa dia masih boleh mengawal perjalanan kerajaan menerusi 'kawalan jauh'. Tetapi apabila ianya tidak berjalan sepertiapa yang dia mahu, Mahathir terpaksa menyingkirkan Badawi dan menggantikannya pula dengan Najib. Badawi tidak berkaliber dan bukanlah dalam kapasiti untuk memimpin Malaysia tetapi apa kurangnya Najib?Selama ini, daripada memberikan bantuan, Mahathir terus mencampuri urusan negara.Mengganggu urusanpentadbiran negara dan tidak membenarkan pemimpin-pemimpin menyelesaikan masalah bersesuaian dengan era masa kini adalah kesilapan ke-9Mahathir.

10. Mendatangkan masalah dalam Umno dan menaikkan Mukriz

Namun, Mahathir berdegil dan enggan menerima atau mengakui kesilapannya.Daimerupakan seorang lelaki yang enggan berdepan dengan realiti. Dia tidak berminat dalam hal kebajikan rakyat Malaysia sama sekali, bagi orang Melayu mahupun Umno. Dia hanya mahu menyelamatkan maruahnya dan memastikan anaknya Mukhriz menjadi perdana menteri tanpa mengiraapaapa yang dia perlulakukanbersama panglima UMNO untuk merealisasikan kemahuannya ini.

Kejam dan mementingkan diri sendiri sendiri, Mahathir akan melakukan apa sahajawalaupun dia terpaksa melakukan huru-hara semata-mata untuk memenuhi cita-cita itu. Dia boleh medaftar masuk semulake dalam Umno untuk terus berkuasa. Bayangkan apa yang dia akan lakukan untuk mendapatkan kerusi Presiden Umno untuk Mukhriz. Tetapi perbuatannya yang tidak berhenti dari mencampuri dan mendatangkan masalah pada Umno akan menjadi kesilapan yang kesepuluh dan terakhir baginya.

Mahathir akan menjatuhkan Umno, dan dalam kejatuhan itu, UMNO berkemungkinan besar akan membawa Mahathir bersamanya..#KL112

Buku Black Rose

Kisah dalam Black Rose, walau pun terlalu ringkas dan bukan macam novel-novel lain, menggambarkan satu tragedi ke atas sistem kepolisan, kehakiman dan pemerintahan Malaysia. Sukar untuk tidak percaya kepada keterangan yang diberi. Semua nama dalam Black Rose bukan nama sebenar tetapi tidak susah untuk tukar beberapa ejaan untuk mencari nama sebenar. Turutan kisah yang ditulis dan bila digabungkan pula dengan keterangan oleh Raja Petra Kamarudin, memang jelas siapa yang terlibat.

Kepada rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, bacalah buku ini walaupun tidak ditulis seperti sebuah novel. Rungkaikan sendiri jalan cerita, dan selamatkan lah dua orang yang bakal berhadapan dengan hukuman gantung.

Di mana nak dapat buku ini. Cari lah sendiri.

Pilihan Seorang Anak Muda Untuk Jadi Ahli Politik UMNO

Seorang Imam tua di sebuah kampung ada seorang anak lelaki remaja. Seperti kebanyakan anak muda, budak lelaki berkenaan tidak tahu apa yang menjadi kerjaya pilihan, dan dia pun tak ambil penduli. Satu hari, semasa anak Imam pergi ke sekolah, dia ingin tahu apakah keinginan anaknya, dan kerjaya yang menjadi pilihan. Dengan kaedah tertentu, dia telah letakkan empat benda dalam bilik anaknya: 1. Al-Quran, 2. Duit 50 Ringgit, 3. Sebotol wiski dan 4. Majalah Playboy. "Aku nak tengok apa pilihan anak aku. Jika Quran yang dipilih, dia akan menjadi imam seperti aku, dan alhamdulillah! Jika dia ambil duit RM50, dia akan jadi usahawan, masih boleh diterima pilihan itu. Tetapi kalau dia ambil botol wiski, dia akan jadi pemabuk, dan akan dilaknati Allah. Lebih teruk, jika dia pilih majalah itu, kerana dia akan menjadi kaki perempuan". Orang tua berkenaan menunggu hingga anaknya balik, dan memerhati di belakang pintu. Bila anaknya masuk, diletakkan buku di atas meja kemudian menemui empat barang tadi. Terkejut di mata anak muda itu, dia meneliti semua barangan berkenaan. Setelah meneliti barang-barang berkenaan, dia memilih Al Quran dan duit. Duit dimasukkan ke dalam poket. Setelah di belek dan diletakkan di atas almari, dia kembali semula untuk dapatkan wiski. Dibukanya botol wiski dan meminum terus dari botol. Seterusnya dia melihat majlah Playboy, dengan penuh khusyuk. 

Bapa nya terus perhatikan. Dalam hati. "Astaghfirullah hal Aazim, Anak aku akan jadi ahli politik UMNO".


2013: New Year's Resolution

I am not suppose to share my new year's resolution.

But, something that I hope can be done this year is to write something in this blog at least once a week.

For a start, something that I learnt from a friend today. He is in the sand mining business. He is complaining about the inefficiencies of the government officer who deals with the issuance of "docket" to the miners. As sand mining business relies on having enough docket so that they can sell sands, he told me that the officers from Pejabat Tanah is not able to issue the docket. Why? No apparent reason. Although the operators are willing to pay for the docket, the Land office is not able to issue not until the next two weeks.

Talking about business. I think the officers are not doing the business. They are losing income for the state.

Let me not mention the state. But if it is true, then the state must take some drastic action. Only through some seriousness probably the officers will act like businessman, making sure that money will be generated for the state.

Stunning Optical Illusions

Swimming Fish Optical Illusion

Love Test Optical Illusion

These Are Static As Well!
Anh Pham̢۪s Strange Pattern

Advanced Rollers Optical Illusion

Greatest Impossible Animation