12 jan 2013 aku turut serta dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat HKR112. Aku telah turut serta dalam tiga himpunan sebelum ni, BERSIH 2.0, bebaskan anwar dan Bersih 3.0
Di antara semua himpunan, HKR112 paling aman, dan paling berjaya. Himpunan aman kerana tidak ada provokasi, tiada FRU dan tiada sekatan Jalan raya. Persoalan nya mengapa boleh aman, jika tiada tiga perkara tadi? Jawapannya, peserta himpunan bersih adalah kumpulan Rakyat yang matang dan cintakan keamanan. Golongan ini Adalah Rakyat marhaen yang tidak mengharap sebarang pembalasan daripada pemimpin. Mereka dari seluruh pelusuk Negara datang dengan wang belanja sendiri, tambang sendiri dan tidur di mesjid, surau atau hotel guna duit sendiri.
Dari raut wajah peserta himpunan dapat dilihat keikhlasan untuk berhimpun. Kalau di paksa tentu lah wajah-wajah bosan yang menunggu masa untuk balik. Bahkan bila mereka bersama walaupun tidak pernah mengenali satu sama lain, akan terpamer senyuman. Perkara ini memang sukar untuk fahami oleh mereka yang tidak ikut serta berhimpun. Suasana yang sama mungkin di rasai bila masuk ke stadium untuk menonton bolasepak, Tetapi kepuasan di rasai bila berhimpun memberi kesan jangka panjang.
Perjuangan menuntut keadilan daripada pemimpin adalah satu keinginan naluri manusia yang normal. Selama ini pelbagai usaha dilakukan menuntut pembersihan pilihanraya, menuntut royalti kepada Negeri Kelantan khususnya, menuntut di daulatkan bahasa Malaysia, menuntut biasiswa kepada pelajar, menuntut keadilan untuk peserta felda dan pelbagai tuntutan lain telah dibuat. Ada BN kisah? BN tidak peduli kerana Mereka yakin PRU13 Mereka masih boleh menang. Akibat dari sikap pemimpin BN yang angkuh, perhimpunan adalah jalan terbaik, dan semoga akan ada kesedaran mereka yang rakyat sudah bijak, dan mula bersuara.
Seandainya selepas ini BN masih memekak dan tidak peduli suara Rakyat, maka tidak mustahil sejarah yang menimpa Filipina dan Indonesia akan berulang di Malaysia. Jika ianya berlaku, masihkah BN menyalah kan Orang lain: salah kan anasir luar, salahkan perpecahan melayu, salahkan Anwar? Di Pihak BN semuanya betul.
Media Kerajaan perlu berhati-hati dalam melaporkan berita. 80% Rakyat tidak boleh di bodohkan lagi. Sumber maklumat tanpa sempadan bukan boleh di bendung. Hari ini kamu menipu, beberapa hari selepas itu akan keluar kebenaran. Kes Mazidul di TV3 sepatutnya jadi pengajaran.
Peristiwa bersejarah hari ini di harap dapat menyedarkan banyak Pihak. Polis yang lebih professional berjaya mengawal keamanan. Tidak ada kekacauan. Mereka yang berniaga hari ini untung berlipat ganda. Teksi masih bergerak bebas, dan ramai penumpang. Monorel memang lebih ramai penumpang. Semua Nya menjurus kepada keamanan.
Apa yang perlu dilakukan sekarang? Bagi yang hadir ke perhimpunan HKR112, teruskan usaha menyedarkan masyarakat sekeliling supaya lebih terdedah kepada maklumat yang lebih tepat, dari pelbagai sumber dan bukannya media di bawah kawalan Kerajaan. Pemimpin PR perlu terus kukuh bersatu dan tidak terpesong dengan agenda lain yang dibangkitkan oleh BN. Kita mesti teruskan perjuangan, kerana akan ada pelbagai putarbelit BN untuk terus berkuasa. Semoga PR berjaya menawan Puterajaya untuk menunaikan janji. Selepas menang nanti, jika kamu berdusta, Rakyat akan terus bangun menentang. Ingat! Mereka tidak dibayar dan tidak harapkan pembalasan, asalkan kamu tunaikan janji.
0 Responses to "Belajarlah dari HKR#112"
Post a Comment