Pilihan Seorang Anak Muda Untuk Jadi Ahli Politik UMNO

Seorang Imam tua di sebuah kampung ada seorang anak lelaki remaja. Seperti kebanyakan anak muda, budak lelaki berkenaan tidak tahu apa yang menjadi kerjaya pilihan, dan dia pun tak ambil penduli. Satu hari, semasa anak Imam pergi ke sekolah, dia ingin tahu apakah keinginan anaknya, dan kerjaya yang menjadi pilihan. Dengan kaedah tertentu, dia telah letakkan empat benda dalam bilik anaknya: 1. Al-Quran, 2. Duit 50 Ringgit, 3. Sebotol wiski dan 4. Majalah Playboy. "Aku nak tengok apa pilihan anak aku. Jika Quran yang dipilih, dia akan menjadi imam seperti aku, dan alhamdulillah! Jika dia ambil duit RM50, dia akan jadi usahawan, masih boleh diterima pilihan itu. Tetapi kalau dia ambil botol wiski, dia akan jadi pemabuk, dan akan dilaknati Allah. Lebih teruk, jika dia pilih majalah itu, kerana dia akan menjadi kaki perempuan". Orang tua berkenaan menunggu hingga anaknya balik, dan memerhati di belakang pintu. Bila anaknya masuk, diletakkan buku di atas meja kemudian menemui empat barang tadi. Terkejut di mata anak muda itu, dia meneliti semua barangan berkenaan. Setelah meneliti barang-barang berkenaan, dia memilih Al Quran dan duit. Duit dimasukkan ke dalam poket. Setelah di belek dan diletakkan di atas almari, dia kembali semula untuk dapatkan wiski. Dibukanya botol wiski dan meminum terus dari botol. Seterusnya dia melihat majlah Playboy, dengan penuh khusyuk. 

Bapa nya terus perhatikan. Dalam hati. "Astaghfirullah hal Aazim, Anak aku akan jadi ahli politik UMNO".


0 Responses to "Pilihan Seorang Anak Muda Untuk Jadi Ahli Politik UMNO"