BOLEHKAH UMNO DIPULIHKAN?

Dalam perhimpunan UMNO hari ini, beberapa pindaan kepada perlembagaan parti telah pun dibuat. Sekali pandang, nampaklah usaha-usaha UMNO untuk memulihkan imej supaya lebih dekat kepada rakyat. Bahkan Najib dalam ucapannya juga telah pun mengharapkan pemimpin mendekati rakyat. Tetapi, ada beberapa perkara asas yang belum diperbaiki.
Berikut adalah perkara asas yang rakyat inginkan:
1. Hapuskan pemimpin yang sukakan rasuah. SPRM sepatutnya mencari perasuah di kalangan pemimpin UMNO sama seperti mereka cari di kalangan pembangkang. Selagi tiada usaha bersungguh-sungguh, selagi itu rakyat membenci SPRM.

2. Kuasa polis adalah untuk melindungi keselamatan rakyat, bukannya pihak UMNO sahaja. Setakat ini, polis dilihat menjaga kepentingan UMNO lebih daripada kepentingan rakyat. Ketua Polis Negara seolah-olah ditarik hidung untuk menjaga UMNO, dan bukannya rakyat.

3. Suruhanjaya Pilihanraya bertindak bebas dan bukannya menjaga atau mendengar nasihat daripada UMNO. Setakat ini, mereka dilihat tidak bebas dan berada di bawah telunjuk UMNO.

4. Mahkamah perlu dilihat bebas daripada cengkaman UMNO.

5. Kembalikan kuasa rakyat di Perak melalui pilihanraya. Selagi Perak dalam keadaan tidak mempunyai pemimpin, selagi itulah UMNO dianggap punca masalah di Negeri itu.

Kalaulah beberapa perkara asas di atas diberikan perhatian, insyaallah UMNO akan bertapak kembali, dan Pakatan Rakyat terpaksalah mencari jalan mengukuhkan lagi persefahaman antara parti-parti yang ada

0 Responses to "BOLEHKAH UMNO DIPULIHKAN?"