Semasa mula gunakan twitter, seseorang mungkin boleh memandang remeh kehebatannya. Apa yang hebat kalau sekadar menghantar mesej: "Saya demam hari ini...", tetapi tanpa disedari mesej-mesej ringkas ini cukup bermakna, bahkan ia sudah jadi sebahagian daripada keperluan dalam dunia pemasaran.
Persoalannya sekarang bukannya apa yang bodoh dalam Twitter, tetapi bagaiamana perkhidmatan ringkas tidak melebihi 140 aksara menjadi pintar, berguna dan mungkin satu keperulan.
Dalam beberapa bulan yang lepas, trafik di Twitter telah meletup., melampaui minat beberapa kerat peminat teknologi baru dan pembina rangkaian sosial.
Ada perniagaan yang menggunakan Twitter untuk memberikan respons kepada perkhidmatan pelanggan. Ada juga kumpulan-kumpulan media yang melapurkan trend semasa.
Jadi apakah sebenarnya Twitter?
Twitter adalah perkhidmatan rangkaian sosial percuma dan blog mikro untuk membolehkan penggunanya menghantar dan membaca mesej yang dikenali sebagai "tweets". Tweets adalah penghantaran teks sehingga 140 aksara yang dipaparkan pada profil penulis dan dihantar kepada pembaca yang mengikuti perkembangan penulis. (Untuk maklumat lebih boleh rujuk ke wikipedia). Mesej boleh dihantar dengan menggunakan laman web atau menggunakan SMS. Perkhidmatan adalah percuma tetapi penghantaran melalui SMS tertakluk kepada kadar yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan.
Siapa Pengguna Twitter?
Berjuta-juta pengguna. Tahun ini sahaja pengguna bertambah lebih daripada 700%, kepada lebih 10 juta orang. Jumlah ini adalah mengikut rekod bulan April 2009.
Kenapa ramai sukakan Twitter?
Kerana ia mudah. Pengguna ingin berhubung dengan orang lain dan Twitter memudahkannya. Twitter cuma bertanya: "Apa yang anda lakukan?" Jawapan pula mestilah kurang daripada 140 aksara, dan boleh dihantar melalui pesanan teks atau ke laman web. Dengan tekonlogi yang boleh menghubungkan ke SMS, dan laman web ianya menjadi penghubung antara rakan-rakan, ahli keluarga dan banyak pihak.
Jika anda berminat untuk turut bersama twitter, lawatilah:
http://twitter.com/larysub
dan klik Join Today!
KENAPA KITA TWITTER
social networking, teknolgi, twitter BK Wednesday, October 21, 2009 0 comments
Subscribe to:
Post Comments (RSS)
0 Responses to "KENAPA KITA TWITTER"
Post a Comment