Selamat Tinggal KD Inderapura






Sri Inderapura, ialah kapal pendarat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dibeli daripada Amerika Syarikat pada 16 Disember 1994 dan sebelum itu dikenali sebagai USS Spartanburg County (LST-1192). Kapal berusia 40 tahun itu dibina pada 1970 dan ditauliahkan dalam perkhidmatan TLDM pada 1995 dengan kekuatan 324 anggota.

Kapal pendarat terbesar ini pernah terbakar pada 2002. Ia juga pernah dibaiki di MSE Johor Bharu bagi meningkatkan keupayaannya penyelenggaraan .Ketika mengambil kapal ini di Amerika Syarikat, anak-anak kapal dilaporkan berhadapan masalah kerana kos sara hidup yang tinggi di negara itu.


Pada 8 Oktober 2009,jam 6.23 pagi, kapal ini terbakar ketika berlabuh di di Pangkalan TLDM di Lumut, Perak. Asap memenuhi ruang pangkalan itu dan dapat dilihat dari jauh. Kebakaran tidak merebak ke kapal-kapal lain yang sedang berlabuh.

Siasatan tentang puncanya sedang disiasat. Laporan awal menyatakan anjung kapal itu terbakar akibat litar pintas.

Menteri Pertahanan iaitu Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendapatkan laporan berhubung insiden itu.Terdapat 77 anggota termasuk enam pegawai dan 22 pelatih sedang bertugas di kapal pendarat itu semasa insiden itu berlaku.

Sepatutnya kapal pendarat ini akan belayar ke Sabah dan Sarawak pada 12 Oktober 2009 bagi menghantar pelbagai logistik ke Markas Wilayah Laut 2 Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah.

Pasukan Bomba dan Penyelamat TLDM dan dua lori Bomba Seri Manjung dan Bomba Sitiawan bergegas ke jeti itu . Kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Boustead Naval Shipyard dan bot tunda awam turut membantu. Jam 2.00 petang, api berjaya dikawal dan kerja memadamkan diteruskan. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Kebakaran membabitkan bahagian pejabat dan bahagian muatan barang.


Laporan awal mendapati kapal ini musnah dan tidak boleh digunakan lagi. Kapal seperti ini sukar diperoleh di pasaran. TLDM akan membeli kapal baru menggantikan KD Seri Inderapura, jika perlu.


Kapal ini telah ditarik ke tengah laut kira-kira 1.5 km dari pangkalan TLDM Lumut tetapi masih dapat dilihat dari jeti Lumut. Kapal ini ditarik ke tengah laut bagi mengelakkan insiden letupan dan merebak ke kapal-kapal yang lain. Setelah 10 hari terbakar, pada 17 Oktober 2009, kapal ini masih terus terbakar terutama dari geladak kereta kebal di tingkat 3.

Gambar-gambar di bawah merakamkan detik-detik akhir KD Inderapura:

0 Responses to "Selamat Tinggal KD Inderapura"